Close

Samsung Galaxy S26 dan S26+ turut tiba di Malaysia dengan harga bermula RM5199

Samsung turut mengumumkan dua lagi peranti iaitu Galaxy S26 dan S26+, membawakan pelbagai peningkatan yang lebih baik dan menarik berbanding model sebelumnya.

Samsung Galaxy S26

Galaxy S26 hadir dengan rekaan yang nipis iaitu 7.2mm dan berat hanya 162gram. Menggunakan skrin bersaiz 6.3-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, ProScaller, Vision Booster, kecerahan puncak 2600 nits dan dilindungi Gorilla Glass Armor 2.

Dikuasakan dengan cip Exynos 2600 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4300mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 25W dan 15W tanpa wayar.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 50MP OIS + 10MP Telefoto OIS + 12MP Utlra Lebar . Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 12MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, Bluetooth 5.4, Wi-Fi 7, penarafan IP68 dan menjalankan One UI 8.5 berasaskan Android 16.

Untuk harga jualan, Samsung Galaxy S26 dijual pada harga bermula RM5199 untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Cobalt Violet, Black, White dan Sky Blue.

Samsung Galaxy S26+

Galaxy S26+ hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.7-inci dengan resolusi QHD+. Turut menyokong paparan Super Smooth 120Hz, ProScaller, kecerahan puncak 2600 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Armor 2.

Dijana dengan cip Exynos 2600 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4900mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 45W dan 20W tanpa wayar.

Untuk fotografi, dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 10MP Telefoto OIS +12MP Ultra Lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 12 MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, Bluetooth 6.0, Wi-Fi 7, penarafan IP68 dan menjalankan One UI 8.5 berasaskan Android 16.

Untuk harga jualan, Galaxy S26+ dijual pada harga RM6199 untuk 12GB +512GB. Turut ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Cobalt Violet, Black, White dan Sky Blue.

ARTIKEL BERKAITAN