Model paling premium dalam siri Galaxy S26 iaitu S26 Ultra telahpun diperkenalkan secara rasmi oleh Samsung. Tampil dengan rekaan yang lebih nipis bersama spesifikasi yang lebih berkuasa.

Samsung menyatakan Galaxy S26 Ultra merupakan model paling nipis yang pernah dihasilkan untuk siri Galaxy S. Peranti ini hanya setebal 7.9mm dengan berat sekitar 214 gram sahaja. Galaxy S26 Ultra tidak lagi menggunakan binaan Titanium sebaliknya menggunakan Armor Aluminum frame.

Menggunakan skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.9-inci dengan resolusi QHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, ProScaller, kecerahan puncak 2600 nits dan dilindungi Gorilla Glass Armor 2. Galaxy S26 Ultra merupakan fon pertama yang menyokong ciri Privacy Display, menghalang pengguna atau orang sekeliling dari melihat kandungan pada skrin.

Dikuasakan dengan cip Snadpragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB UFS. Kapasiti bateri masih sama 5000mAh, namun sokongan pengecasan kini lebih pantas dengan 60W berwayar dan 25W tanpa wayar berbanding sebelum ini 45W dan 15W.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 200MP OIS dengan f/1.7 + 50MP Telefoto OIS dengan f/3.4 + 10MP Telefoto OIS + 50MP Ultra Lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 12MP. Dari segi video, Galaxy S26 Ultra kini menyokong Super Steady Video membolehkan ia merakam video seperti kamera aksi.

Samsung masih lagi memfokuskan kepada AI tetapi dengan kemampuan yang lebih baik dan lebih bijak. Selain itu, Bixby juga kini lebih bijak dan lebih berguna mampu melakukan pelbagai tugasan dan arahan. Samsung masih menawarkan kemas kin sehingga 7 tahun untuk Android dan juga keselamatan.

Spesifikasi lain yang turut hadir seperti pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, Bluetooth 6.0, Wi-Fi 7, penarafan IP68, sokongan S Pen dan menjalankan One UI 8.5 berasaskan Android 16.
Untuk pasaran Malaysia, Samsung Galaxy S26 Ultra dijual pada harga bermula RM6799 (12GB +512GB) dan RM7799 (16GB + 1TB). Ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Cobalt Violet, Black, White dan Sky Blue.
Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 26 Februari hingga 10 Mac 2026. Setiap pra-tempahan akan menerima pelbagai hadiah menarik seperti ganjaran eksklusif sehingga RM1,200, Samsung Rewards Points Booster dan rebat segera RM700 dengan kad bank terpilih.