Close

iPhone 18 Pro mungkin hadir dengan pilihan warna ‘Deep Red’

Apple mungkin menawarkan pilihan warna baru yang lebih menonjol untuk iPhone 18 Pro.

Menurut laporan, Apple mungkin perkenal pilihan warna baru iaitu ‘Deep Red’ untuk siri iPhone 18 Pro. Apple dikatakan sedang menguji kemasan merah dan warna tersebut akan menjadi warna utama bagi model Pro pada tahun ini. Warna tersebut dijangka akan mempunyai tona yang gelap dan mempunyai kemasan jenis kesat.

Walau bagaimanapun, Apple mungkin akan mengekalkan pilihan warna Cosmic Orange disamping pilihan warna Deep Red sebagai alternatif untuk siri iPhone 18 Pro. Sebelum ini, terdapat laporan mendedahkan siri iPhone 18 akan hadir dengan pilihan warna Purple dan Brown.

Laporan sama turut mendedahkan, iPhone Fold tidak akan hadir dengan pilihan warna yang menonjol atau menyerlah. Sebaliknya, ditawarkan dengan pilihan warna yang lebih selamat seperti  Dark Grey,White atau Silver.

ARTIKEL BERKAITAN