Bank Islam melalui Facebook rasmi menyatakan beberapa perkhidmatan perbankan mereka akan tergendala sementara waktu disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan sistem.

Penyelenggaraan sistem akan dijalankan pada 22 Januari 2025, 11.45 malam hingga 12.45 tengah malam, 23 Januari 2025. Seiring dengan itu, Bank Islam turut berkongsi senarai perkhidmatan yang terjejas iaitu BIMB Mobile, BIMB Web dan juga FPX.
Dalam masa yang sama, Bank Islam turut menyatakan permohonan maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi. Bagi mengelakkan sebarang masalah sepanjang tempoh penyelenggaraan, pengguna digalakkan untuk merancang transaksi lebih awal.