Samsung telahpun memperkenalkan model asas terbaru iaitu Galaxy S26. Jika dilihat secara luaran, ia kelihatan hampir sama seperti Galaxy S25 tahun lalu. Namun begitu, perbezaan sebenar terletak pada butiran kecil yang memberi impak besar kepada pengalaman penggunaan.

Spesifikasi asas Galaxy S26 :
- Skrin : 6.3-inci Dynamic AMOLED 2X FHD+
- Cip : Exynos 2600
- RAM : 12GB
- Storan : 512GB
- Bateri : 4300mAh

Spesifikasi asas Galaxy S25 :
- Skrin : 6.3-inci Dynamic AMOLED 2X FHD+
- Cip : Snapdragon 8 Elite for Galaxy
- RAM : 12GB
- Storan : 256GB / 512GB
- Bateri : 4000mAh
Galaxy S26 tampil dengan skrin dan kapasiti bateri yang lebih besar. Menjadikan ia sedikit lebih tebal dan berat. Secara asasnya, perbezaan ini tidak begitu drastik tetapi sekiranya anda seorang teliti perbezaan boleh dirasai.
Rekaan : Galaxy S25 dan Galaxy S26

Galaxy S26 masih mengekalkan identiti yang sama iaitu rekaan yang kompak dengan bingkai jenis rata dan saiz yang mudah untuk dikendalikan dengan sebelah tangan. Walau bagaimanapun, Galaxy S26 adalah sedikit lebih tebal dengan 7.2mm dan berat 167 gram. Sebagai perbandingan, Galaxy S25 mempunyai ketebalan sekitar 5.84mm dan berat 162 gram.
Prestasi : Galaxy S25 dan Galaxy S26

Untuk pasaran Malaysia, Galaxy S26 dikuasakan dengan cip Exynos 2600 yang dibina dengan teknologi binaan 2nm. Berbeza dengan model sebelumnya yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy.
Dengan cip generasi baru, Galaxy S26 dijangka menawarkan kecekapan tenaga lebih baik, prestasi lebih konsisten serta keupayaan AI yang lebih maju. Walau bagaimanapun, bagi beberapa pasaran lain, Galaxy S26 dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy.
Kamera : Galaxy S25 dan Galaxy S26

Galaxy S25 dan Galaxy S26 berkongsi tetapan kamera yang hampir sama iaitu 50MP OIS + 10MP Telefoto OIS + 12MP Utlra Lebar dan swafoto 12MP. Jadi, peningkatan dan perbezaan kemampuan kamera berkemungkinan besar datang daripada pemprosesan imej dan ciri Galaxy AI, bukannya dari perubahan sensor kamera.
Bateri : Galaxy S25 dan Galaxy S26

Galaxy S26 hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar 4300mAh, meningkat daripada 4000mAh pada Galaxy S25. Samsung turut mendakwa Galaxy S26 mampu mencapai 55% hanya dalam masa 30 minit. Kombinasi bateri lebih besar dan pengoptimuman Android 16 dijangka menawarkan jangka hayat yang lebih baik.