HONOR telahpun menjadualkan acara pelancaran fon lipat baru mereka iaitu HONOR Magic V6 pada 1 Mac. Peranti tersebut akan diperkenalkan di Mobile World Congress (MWC) 2026.

Seiring dengan ketibaannya, HONOR telah berkongsi beberapa maklumat mengenai Magic V6. Peranti ini bakal hadir dengan beberapa peningkatan antaranya ketahanan yang lebih baik dan rekaan serba baru.
Menurut HONOR, Magic V6 akan menyokong penarafan IP68 dan IP69 sekaligus menjadikan ia antara fon lipat tahan lasak yang ada di pasaran. Selain itu, Magic V6 akan menggunakan teknologi engsel yang lebih tahan lasak yang dipanggil sebagai HONOR Super Steel Hinge.

HONOR akan turut menggunakan teknologi skrin baru yang lebih tahan lasak dan kurang kesan silau. Pilihan warna baru akan diperkenalkan untuk Magic V6 iaitu merah dengan kemasan yang lebih mewah dan premium.