HUAWEI Malaysia membawakan kembali model ‘Mate’ ke pasaran tempatan. Model terakhir yang diperkenalkan secara rasmi ke pasaran tempatan adalah Mate 50.

Mate 80 Pro bakal menjadi peranti terbaru dari siri itu yang ditawar secara rasmi ke pasaran tempatan. Seiring dengan ketibaannya, HUAWEI telahpun membuka pra-tempahan awal untuk model tersebut. Pra-tempahan ini hadir dengan hadiah percuma benilai RM2115 dan rebat baucar 15% untuk produk audio.
Peranti ini telahpun diperkenalkan di pasaran China. Namun, tidak dapat dipastikan adakah ia akan berkongsi spesifikasi yang sama atau sebaliknya. Di China, Mate 80 Pro hadir dengan LTPO OLED bersaiz 6.75-inci dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak sehingga 8000 nits dan dilindungi dengan Kunlun Glass generasi kedua.

Dikuasakan dengan cip Kirin 9030 dan turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP apertur boleh ubah F/1.4–F/4.0 + 40MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri 5750mAh yang menyokong 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.