Infinix Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Note60 Pro. Tampil dengan spesifikasi yang berkuasa dan menyokong ciri Active Matrix Display.

Infinix Note 60Pro ia dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Perkara paling menarik pada model ini adalah Active Matrix Display, merupakan panel LED tersembunyi di belakang yang hanya aktif apabila digunakan. Panel LED ini menyokong fungsi notifikasi, animasi dan permainan mini.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar serta 30W tanpa wayar.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti IR Blaster, NFC, penarafan IP64 dan menjalankan sistem operasi XOS 16 berasaskan Android 16. Infinix menjanjikan kemas kini sehingga 3 tahun untuk Android dan 5 tahun untuk keselamatan.

Di Malaysia, Infinix Note60 Pro dijual pada harga bermula RM1399 (8GB + 256G) dan RM1599 (12GB + 256GB). Ditawarkan dalam empat pilihan Mist Titanium, Deep Ocean, Blue dan Solar Orang. Untuk pembeli terawal, setiap pembelian akan menerima Infinix XWatch H5 Pro secara percuma.