Close

Xiaomi 17 Ultra – Era baru fotografi mudah alih

Tidak dinafikan, kemampuan fotografi melalui telefon pintar semakin menghampiri kualiti seperti kamera profesional (DSLR) dan perkara tersebut mungkin boleh dicapai melalui Xiaomi 17 Ultra.

Apa yang boleh dikatakan, tunjang utama kepada perkara ini adalah kerjasama yang berterusan dengan Leica. Bercakap mengenainya, baru-baru ini kami berpeluang untuk menemu ramah pasukan kejuruteraan Leica yang bertanggungjawab dalam membangunkan kamera untuk Xiaomi 17 Ultra.

Terdapat dua soalan menarik yang telah ditanyakan iaitu mengenai sensor LOFIC dan juga lensa Leica APO yang digunakan pada Xioami 17 Ultra.

Menurut pasukan yang bertanggungjawab, LOFIC telah berjaya menyelesaikan masalah “highlight clipping” yang sering terjadi pada situasi atau keadaan dengan kontras tinggi. Lateral Overflow Integrator Capacitor (LOFIC) direka untuk meningkatkan keupayaan pengumpulan cahaya dan julat dinamik.

Bahasa mudahnya, LOFIC boleh dianggap sebagai sebuah tangki atau span yang menyimpan atau menyerap lebihan cahaya. Sekaligus, membolehkan ia mengawal julat dinamik yang ekstrem bagi memastikan setiap perincian pada highlights tidak ‘pecah’ dan shadows yang dihasilkan nampak lebih semula jadi. Selain itu, ia turut menggurangkan motion blur dalam keadaan cahaya rendah.

Sensor LOFIC yang digunakan pada Xiaomi 17 Ultra adalah generasi yang ketiga, Xiaomi mendakwa had julat dinamik sensor ini telahpun dipertingkat ke tahap yang jauh lebih tinggi berbanding sensor konvensional.

Bercakap mengenai Lensa Leica Apochromatic (APO), Xiaomi merupakan telefon pintar pertama yang menerima pensijilan lensa optik Leica APO. Satu piawaian yang jauh lebih ketat dan mencabar berbanding pensijilan APO lain dalam industri.

Untuk lensa optik Leica APO pula, ia menyelesaikan masalah color fringing atau aberasi kromatik. Pada lensa biasa, cahaya merah, hijau dan biru tidak fokus pada titik yang sama. Menyebabkan kesan garisan warna di tepi objek dan imej jadi kurang tajam terutamanya pada lensa telefoto dan lebih ketara dalam rakaman video.

Jadi, Lensa Apochromatic (APO) direka untuk memastikan ketiga-tiga warna utama fokus pada titik yang sama. Hasilnya, imej yang diberikan menjadi lebih tajam, warna lebih tepat dan semula jadi. Selain itu, dengan adanya lensa APO ia mengurangkan kebergantungan pembetulan melalui perisian.

Xiaomi turut menyentuh mengenai lensa telefoto 200MP dengan keupayaan zum optik mekanikal berterusan 75–100mm. Berbanding telefoto konvensional yang optimum pada satu panjang fokal sahaja, sistem ini memastikan kualiti imej tinggi dikekalkan merentasi keseluruhan julat.

Selain itu, zum optik berterusan ini turut menawarkan kualiti optik yang konsisten, tanpa perlu bergantung kepada sensor cropping atau zum digital yang berlebihan.

ARTIKEL BERKAITAN