Close

Xiaomi 17 dan 17 Ultra kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM3799

Xiaomi Malaysia secara rasmi memperkenalkan barisan baru peranti andalan mereka iaitu Siri Xiaomi 17, menggantikkan model semasa siri Xiaomi 15. Model ini, sepatutnya menggunakan nama siri Xiaomi 16, namun Xiaomi melangkau untuk mengikuti penjenamaan siri iPhone 17.

Xiaomi 17, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci LTPO OLED dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3200 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Dimuatkan dengan bateri 6330mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 50W tanpa wayar. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dengan 5x zum optik dan swafoto 50MP. Kemampuan kamera ini dibantu dengan sistem kamera Leica dengan teknologi LOFIC HDR untuk hasil imej yang lebih jelas.

Peranti ini menyokong penarafan IP68, pengimbas cap jari ultrasonik, IR Blaster, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi HyperOS 3.

Manakala untuk Xiaomi 17 Ultra, ia hadir dengan skrin AMOLED LTPO M10 bersaiz 6.9-inci dengan resolusi 2608 × 1200. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3500 nits dan dilindungi dengan Xiaomi Shield Glass 3.0.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Menggunakan sistem kamera Leica dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci Light Fusion 1050L + 200MP periskop telefoto + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Menjalankan sistem operasi HypeOS 3.0 dan hadir dengan pelbagai ciri AI baru.

Untuk spesifikasi lain, peranti ini menyokong penarafan IP68, pengimbas cap jari ultrasonik, IR Blaster, pembesar suara jenis stereo, WIFI 7 dan menjalankan sistem operasi HyperOS 3.

Di Malaysia, Xiaomi 17 dijual pada harga RM3799 untuk 12GB + 512GB. Manakala untuk Xiaomi 17 Ultra, ia dijual pada harga bermula RM5499 untuk 16GB + 512GB dan RM5999 untuk 16GB + 1TB.

ARTIKEL BERKAITAN