Close

iPhone 17e tiba di Malaysia dengan harga bermula RM2999

Apple secara rasmi memperkenalkan model ‘e’ terbaru iaitu iPhone 17e ke pasaran tempatan. Merupakan model mampu milik dan pengganti kepada model sebelumnya iaitu iPhone 16e.

iPhone 17e tampil dengan beberapa peningakatan yang lebih baik seperti prestasi yang lebih berkuasa, sokongan kamera yang lebih baik, storan yang lebih besar dan menyokong teknologi MagSafe.

iPhone 17e hadir dengan skrin Super Retina XDR OLED bersaiz 6.1-inci dengan kecerahan puncak sehingga 1200 nits dan dilindungi dengan Ceramic Shield 2. Dikuasakan dengan cip A19 yang dipadankan dengan modem yang dibangunkan oleh Apple sendiri iaitu C1X.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan sistem kamera Fusion 48MP yang mampu merakam gambar telefoto sehingga 2x dan untuk swafoto ia menggunakan sensor 12MP TrueDepth. Selain itu, iPhone 17e turut menyokong pengecasan tanpa wayar yang lebih pantas iaitu 15W berbanding 7.5W pada model sebelumnya.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3, NFC, komunikasi satelit dan menjalankan iOS 26 dengan pelbagai ciri Apple Intelligence. Tiada lagi pilihan storan 128GB sebaliknya Apple menawarkan storan bermula dari 256GB.

Di Malaysia, iPhone 17e dijual pada harga bermula RM2999 untuk 256GB dan RM3999 untuk 512GB. Boleh dipra-tempah bermula 4 Mac 2026 dengan jualan pertama bermula 11 Mac 2026.

ARTIKEL BERKAITAN