OPPO mengesahkan model paling premium mereka iaitu Find X9 Ultra akan tiba ke pasaran global. Menariknya, ini adalah kali pertama OPPO membawakan model Ultra ke pasaran global.

Model ini akan memfokuskan kepada kemampuan kamera yang lebih baik. Perkara tersebut akan dicapai melalui kerjasama dengan Hasselblad yang akan mengintergrasikan teknologi kamera paling maju pernah dibangunkan untuk telefon pintar.
Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi penuh yang dikongsi buat masa ini. OPPO menyatakan, peranti ini sememangnya direka untuk menawarkan prestasi fotografi bertaraf profesional dalam sebuah fon andalan.
Model ini dijangka akan menjadi satu penanda aras baru dalam forografi mudah alih. Seperti biasa, kita mungkin boleh menjangkakan lebih maklumat mengenai peranti ini akan dikongsi dari masa ke semasa.