OnePlus 15T bakal menjadi peranti terbaru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Seiring dengan itu, beberapa maklumat mengenai peranti ini telahpun tertiris sekaligus memberikan gambaran awal mengenai peranti ini.

Menurut laporan, OnePlus 15T bakal hadir skrin jenis rata bersaiz 6.32-inci dengan bezel yang nipis dan simetri. Menggunakan pengimbas cap jari 3D ultrasonik dan menyokong aksesori magnetik. Menariknya, OnePlus 15T akan dimuatkan dengan bateri sebesar 7500mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Kemampuan kamera turut dinaik taraf dengan menggunakan sistem kamera LUMO pada periskop telefoto. Selain itu, peranti ini menyokong empat penarafan iaitu IP66, IP68, IP69, IP69K untuk menjadikan ia lebih tahan lasak.
Peranti ini dijangka akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya.