vivo secara rasmi memperkenalkan model baru iaitu X300 FE. Menariknya, peranti ini hadir dengan rekaan panel belakang yang mirip seperti iPhone dan juga Pixel.

vivo X300 FE merupakan sebuah peranti kompak dengan skrin AMOLED bersaiz 6.31-inci yang menyokong resolusi FHD+ dan kecerahan puncak sehinga 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dipadankan dengan RAM 12GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UF4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan 50MP + 8MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan 50MP swafoto. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 40W tanpa wayar. Selain itu, peranti ini menyokong penarafan IP68 dan juga IP69.
Menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16 dengan pelbaga ciri yang berasaskan AI. vivo turut menjanjikan kemas kini sehingga 5 tahun untuk Android dan 7 tahun untuk keselamatan.