Close

OPPO Find N6 bakal diperkenalkan pada 17 Mac ini

OPPO telah menjadualkan acara pelancaran fon lipat baru Find N6 iaitu pada 17 Mac ini di China.

Sebelum ini, OPPO telahpun berkongsi beberapa teaser awal mengenai peranti ini. Melaluinya, Find N6 dilihat hadir dengan skrin yang tidak mempunyai kesan lipat Zero Feel Crease dan menyokong stylus AI Pen yang boleh digunakan untuk skrin dalam dan luar.

Peranti ini akan turut dilengkapi dengan sistem kamera 200MP dengan Hasselblad. Selain itu, OPPO menggunakan motto ‘ultra flat, ultra flexible dan ultra poweful’ untuk menggambarkan peranti ini hadir dengan pelbagai ciri premium.

OPPO Find N6 bakal hadir dengan beberapa pilihan warna menarik seperti Stellar Titanium dan Blossom Orange. Peranti ini dijangka akan turut tiba ke pasaran tempatan.

Peranti akan ditawarkan dalam pilihan warna pilihan warna Stellar Titanium dan Blossom Orange mengikut trend penggunaan warna oren yang sedang hangat sekarang. Peranti disahkan akan ke pasaran global dan kami masih menanti bila ia akan memasuki pasaran Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN