Close

Siri POCO X8 akan diperkenalkan pada 17 Mac ini

POCO bakal memperkenalkan siri X terbaru pada 17 Mac ini. Model ini akan menjadi pengganti kepada model semasa dan akan dikenali sebagai siri POCO X8.

Siri POCO X8 dijangka akan menawarkan spesifikasi yang lebih menarik dan lebih berkuasa dari generasi sebelumnya. Berdasarkan kepada poster rasmi yang dikongsi peranti ini menggunakan motto ‘Speed to the max’, yang mengambarkan peranti tersebut menawarkan kepantasan pada tahap maksimum.

Dalam perkongsian terbaru, POCO telah mendedahkan siri X8 akan dikuasakan dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s. Selain itu, ia akan dimuatkan dengan kapasiti yang sangat besar iaitu 8500mAh dan akan menyokong pengecasan pantas 100W.

Lebih menarik, POCO X8 Pro Iron Man Edition akan turut diperkenalkan pada acara tersebut. Model edisi terhad ini dijangka hadir dengan tema dan kemasan yang berasaskan kepada karakter Iron Man.

ARTIKEL BERKAITAN