Close

vivo V70 FE diumumkan – Cip Dimensity 7360-Turbo, bateri 7000mAh dan kamera 200MP

vivo mengumumkan satu lagi peranti baru di bawah siri V iaitu V70 FE. Peranti ini hadir dengan beberapa penawaran menarik seperti kapasiti bateri yang lebih besar dan kemampuan kamera yang lebih baik.

vivo V70 FE hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7360-Turbo yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh ynag menyokong pengecasan pantas 90W. Peranti ini menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16.

vivo menjanjikan kemas kini sehingga 6 tahun untuk keselamatan bagi peranti ini. Untuk spesifikasi lain, ia hadir dengan pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP68/IP69, Bluetooh 5.4 dan IR Blaster.

vivo V70 FE ditawarkan dalama tiga pilihan warna iaitu Muse Purple, Ocean Blue dan Titanium Silver. Di Indonesia, harga jualan untuk V70 FE bermula pada sekitar IDR 6,499,000 (RM1510) dan mencapai sehingga IDR 7,399,000 (RM1719).

ARTIKEL BERKAITAN