Close

Grab perkenal ciri ‘Women-Only Rides’ – Tawar keselesaan dan keselamatan untuk pengguna wanita

Grab Malaysia memperkenalkan ciri baru yang dipanggil sebagai ‘Women-Only Rides’. Ciri ini diperkenalkan untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna wanita ketika menggunakan perkhidmatan e-hailling.

Walau bagaimanapun, ciri ini masih lagi diperingkat beta dan hanya ditawarkan di kawasan Lembah Klang sahaja. Selain itu, ciri ini hanya boleh diakses melalui ciri tempahan awal (Advance Booking). Melaluinya, Grab akan memadankan penumpang wanita dengan rakan pemandu wanita.

Ciri Women-Only Rides hanya boleh dilihat untuk pengguna wanita sahaja. Proses pengesahan melalui MyKad perlu dilakukan sebelum pengguna boleh mengakses ciri tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN