Close

iPhone 17e kini boleh mula dibeli di Malaysia

Berita gembira buat peminat Apple di Malaysia, peranti baru iaitu iPhone 17e kini boleh mula dibeli di Apple Store dan rangkaian penjual rasmi Apple di Malaysia. Sebelum ini, peranti ini telahpun dibuka untuk pra-tempahan pada 4 Mac lalu.

Di Malaysia, iPhone 17e dijual pada harga bermula RM2999 untuk 256GB dan RM3999 untuk 512GB.

iPhone 17e tampil dengan beberapa peningakatan yang lebih baik seperti prestasi yang lebih berkuasa, sokongan kamera yang lebih baik, storan yang lebih besar dan menyokong teknologi MagSafe.

Hadir dengan skrin Super Retina XDR OLED bersaiz 6.1-inci dengan kecerahan puncak sehingga 1200 nits dan dilindungi dengan Ceramic Shield 2. Dikuasakan dengan cip A19 yang dipadankan dengan modem yang dibangunkan oleh Apple sendiri iaitu C1X.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan sistem kamera Fusion 48MP yang mampu merakam gambar telefoto sehingga 2x dan untuk swafoto ia menggunakan sensor 12MP TrueDepth. Selain itu, iPhone 17e turut menyokong pengecasan tanpa wayar yang lebih pantas iaitu 15W berbanding 7.5W pada model sebelumnya.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3, NFC, komunikasi satelit dan menjalankan iOS 26 dengan pelbagai ciri Apple Intelligence. Tiada lagi pilihan storan 128GB sebaliknya Apple menawarkan storan bermula dari 256GB.

ARTIKEL BERKAITAN