Rafizi Ramli mengumumkan program PinjamGajet, merupakan sebuah program di bawah kempen Ayuh Malaysia.
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗝𝗔𝗠𝗚𝗔𝗝𝗘𝗧 – 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗜𝗡𝗜𝗦𝗜𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗔𝗬𝗨𝗛 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) March 7, 2026
Inisiatif ketiga di bawah Ayuh Malaysia iaitu PinjamGajet akan dilancarkan esok, 8 Mac 2026.
PinjamGajet adalah satu inisiatif yang membolehkan orang… pic.twitter.com/0repI8yGwX
Melalui program ini, ia membolehkan orang awam menyumbang gajet atau peranti elektronik terpakai seperti komputer riba. Gajet dan peranti tersebut akan dibaik-pulih kemudian ditawarkan secara sewaan pada pengguna lain pada kadar serendah RM10 sebulan.

Menurut Rafizi Ramli, komputer riba kini menjadi keperluan utama bagi pelajar sekolah atau universiti. Selain itu, program ini dijangka akan dapat mengurangkan lagi jurang digital dalam kalangan orang ramai di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh layari laman web rasmi pinjamgajet.ayuhmalaysia.org.