Close

YouTube untuk TV akan memaparkan iklan 30 saat yang tak boleh dilangkau

YouTube dilaporkan mula memperkenalkan iklan 30 saat yang tidak boleh dilangkau oleh pengguna jika menonton melalui peranti TV.

Pendekatan ini membolehkan iklan disasarkan dengan lebih efektif berdasarkan kepada jenis kandungan dan peranti yang digunakan. Langkah ini diambil selepas terdapat peningkatan yang ketara pada jumlah tontonan YouTube TV dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Format iklan baru ini hanya tersedia untuk peranti TV sahaja dan menggunakan teknologi AI milik Google. Perubahan ini bermakna pengguna perlu menonton iklan lebih lama sebelum video dimainkan.

Bagi pengguna yang tidak mahu melihat iklan, YouTube menawarkan pilihan langganan berbayar seperti YouTube Premium yang membolehkan tontonan tanpa sebarang iklan.

ARTIKEL BERKAITAN