vivo V70 secara rasmi mula dijual di Malaysia, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi vivo di Malaysia yang didatangkan bersama pelbagai ganjaran yang menarik.

Antara ganjaran yang ditawarkan seperti hadiah eksklusif bernilai sehingga RM827 dan rebat tunai RM100. Selain itu, pembeli turut boleh menebus jaminan tambahan 365 hari, jaminan skrin 180 hari dan perlindungan vivo care selama 1 tahun pada harga PWP RM17, melalui vivo Store App.

Menariknya, pelanggan yang membeli vivo V70 dalam tempoh promosi berpeluang memenangi vivo V70 × POP MART ZSIGA Limited Edition Gift Box, iaitu set edisi khas hasil kolaborasi bersama POP MART.

vivo V70 hadir dengan skrin OLED jenis rata bersaiz 6.59-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. vivo turut menawarkan ciri AI Stage Mode pada peranti ini. Seperti model sebelumnya, kemampuan kamera ini turut dibantu oleh Zeiss. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W.
Spesifikasi lain yang turut hadir seperti pengimbas cap jari ultarsonik, Bluetooth 5.4, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16. vivo menjanjikan kemas kini empat tahun untuk Android dan enam tahun untuk keselamatan.

Di Malaysia, vivo V70 dijual pada harga bermula RM1999 (8GB + 256GB), RM2199 (12GB + 256GB) dan RM2599 (12GB + 512GB). Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Alpine Grey, Black dan Golden Hour.