Close

Jetour T2 kini rasmi di Malaysia dengan harga RM157K

Selepas dibuka untuk pra-tempahan, Jetour T2 akhirnya tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Jetour T2 merupakan sebuah SUV dan menjadi pesaing kepada Jaecoo J7.

Jetour T2 tampil dengan rekaan berkotak dengan lampu moden menjadikan ia antara SUV menarik yang ditawarkan di Malaysia. SUV ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Khaki White, Aviation Silver dan Carbon Black.

Dilengkapi dengan enjin 2.0L TGDi Turbo yang mampu menghasilkan kuasa 180kW dan tork 375Nm. Menggunakan tranmisi Dual Clutch 7 kelajuan yang digabungkan dengan sistem pacuan pintar dengan mod pemanduan 7+X, menyesuaikan pengagihan tork secara berterusan mengikut permukaan dan keadaan pemanduan.

Untuk bahagian dalaman, ia dimuatkan dengan sistem inforia bersaiz 15.6 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Turut tersedia 12 sistem pembesar suara dari Sony untuk memberikan pengalaman audio yang imersif.

Dari segi keselamatan, T2 memperolehi penarafan keselamatan 5-Bintang ASEAN NCAP. Selain itu, SUV ini dilengkapi enam beg udara SRS, Advanced Driving Assistance System (ADAS) Tahap 2, Panoramic View Monitoring System yang memberikan pandangan 360 darjah di sekeliling kenderaan dengan fungsi transparent chassis, serta Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).

Jetour T2 ditawarkan pada harga RM156,800 yang didatangkan dengan jaminan kenderaan selama 7 tahun atau sehingga 150,000 km, serta jaminan rangkaian kuasa selama 10 tahun atau sehingga 1,000,000 km. Selain itu, 3,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan kenderaan ini akan menikmati rebat tunai sebanyak RM2,000.

ARTIKEL BERKAITAN