Proton secara rasmi memperkenalkan S70 Minor Change 2 (MC2) NA yang ditawarkan dengan pilihan enjin i-GT 1.5L tanpa turbo.

Proton S70 i-GT 2026 ini hadir dalam dua varian iaitu Lite untuk varian asas dan juga Prime untuk varian tertinggi. Kedua-dua varian ini dimuatkan dengan enjin i-GT 1.5 liter empat-silinder dengan sistem suntikan pelbagai titik (MPI) tanpa pengecas turbo sama seperti Proton Saga MC3. Mampu menghasilkan kuasa 120 PS dan tork maksima pada 150 Nm.

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear CVT dengan torque converter bukan start-clutch yang digunakan pada Saga MC3. Untuk varian Prime ia datangkan dengan rim aloi 17-inci, cermin sisi auto-lipat dan lampu hadapan LED. Sementara untuk varian Lite menggunakan rim aloi 16-inci dan tidak mempunyai penderia parkir hadapan.
Dari segi keselamatan, kedua-dua varian ini dilengkapi dengan dengan enam-beg udara, kamera undur, penderia parkir belakang, pengingat tempat duduk belakang serta beberapa sistem bantuan pemanduan termasuk pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, bantuan tukar lorong, amaran buka pintu dan amaran pelanggaran belakang.

Untuk harga jualan, varian Lite ia dijual pada harga RM59,800, manakala varian Prime pula dijual pada harga RM62,800. Sempena pelancarannya, Proton turut menawarkan rebat sebanyak RM3000 untuk kedua-dua varian bagi pelanggan yang mendaftarkan kereta mereka sebelum 31 Disember 2026, menjadikan harga jualan untuk varian Lite adalah RM56,800 dan varian Premium RM59,800.
Setiap pembelian Proton S70 i-GT Lite dan Prime akan menerima waranti selama lima-tahun, tanpa had perbatuan serta servis enam kali dengan kos buruh percuma.