JETOUR Malaysia secara rasmi memperkenalkan SUV pertama mereka ke pasaran tempatan melalui model Dashing. SUV pertama dari JETOUR ini hadir dengan rekaan yang menarik bersama dengan teknologi yang terkini.


JETOUR Dashing merupakan sebuah SUV dengan kapasiti 5 tempat duduk. Hadir dengan reka bentuk yang dinamik dan elegan dengan 2 pilihan varian iaitu Comfort dan juga Prime. Dikuasakan dengan enjin turbo 1.5 liter dengan transmisi dual-clutch 6 kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa 115 PS dan tork 230 Nm.

JETOUR Dashing hadir dengan rekaan dalaman yang minimalis dengan dua kombinasi warna iaitu off-white atau hitam dan merah. Selain itu, JETOUR Dashing turut dimuatkan dengan intelligent voice command yang boleh mengawal pelbagai perkara seperti tingkap, penyaman udara, navigasi dan muzik.

Dari segi keselamatan, JETOUR Dashing dilengkapi dengan pelbagai fungsi keselamatan antaranya seperti 6 airbags, pengesanan titik buta, amaran pertukaran lorong, amaran lintasan trafik, amaran pintu terbuka dan banyak lagi. Tidak ketinggalan, JETOUR Dashing turut menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.


Di Malaysia, JETOUR Dashing Comfort dijual pada harga RM110K manakala JETOUR Dashing Prime pula dijual pada harga RM117K. Setiap pembelian akan menerima 5 servis percuma, jaminan kenderaan sehingga 7 tahun atau 150,000 km dan jaminan enjin sehingga 10 tahun atau 1,000,000 km.