Close

Samsung Galaxy Ring kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM2099

Samsung Malaysia kini sedia untuk menawarkan cincin pintar pertama mereka iaitu Galaxy Ring ke pasaran tempatan.  Sebelum ini, Galaxy Ring hanya ditawarkan di 38 negara sahaja. Buat yang tidak mengetahui, peranti ini telahpun dilancarkan pada tahun lalu di acara Galaxy Unpacked.

Galaxy Ring dihasilkan menggunakan bahan binaan titanium gred 5 dan menyokong penarafan IP68. Hadir dengan pelbagai fungsi kecergasan dan juga penjejak kesihatan. Dari segi ketahanan bateri ia mampu bertahan sehingga 7 hari.

Peranti ini boleh disambungkan dengan aplikasi Samsung Health yang menawarkan penambahan ciri seperti data pemantauan tidur, panduan waktu tidur terbaik dan mindfullness. Ciri baru ini direka untuk membantu pengguna mendapatkan tidur yang berkualiti.

Galaxy Ring ditawarkan dengan 3 pilihan warna baru iaitu Titanium Black, Titanium Silver dan Titanium Gold. Selain pilihan warna baru, Samsung turut menambah 2 pilihan saiz baru iaitu 14 dan 15 sekaligus menjadikan ia mempunyai pilihan saiz dari 5 hingga 15.

Untuk pasaran tempatan, Galaxy Ring ditawarkan pada harga RM2099. Namun begitu, penawaran peranti ini adalah terhad dan hanya tersedia untuk pengguna siri Galaxy S dan Galaxy Z buat masa ini. Cara pembelian juga berbeza, pengguna perlu menebus kod jemputan dari aplikasi Samsung Members dan hadir ke Samsung Experience Store untuk menentukan saiz jari seterusnya melakukan pembelian. Proses tempahan mungkin mengambil masa sekitar 6 minggu sebelum pengguna menerima peranti.

ARTIKEL BERKAITAN