Close

Samsung Galaxy Ring diumumkan – Guna binaan Titanium dengan ketahanan bateri sehingga 7 hari

Pada acara Galaxy Unpacked, Samsung turut memperkenalkan peranti boleh pakai baru mereka iaitu Galaxy Ring.

Seperti namanya, peranti boleh-pakai ini menggunakan rekaan seperti cincin dan dimuatkan dengan pelbagai fungsi pemantauan kesihatan. Galaxy Ring dihasilkan menggunakan bahan binaan titanium grade 5 dan mempunyai penarafan IP68.

Menyokong fungsi kecergasan melalui auto detect workout dan juga fungsi penjejajakan kitaran haid. Untuk pemantauan kesihatan, ia menyokong heart rate monitoring dan sleep tracking. Dari segi ketahanan bateri ia mampu bertahan sehingga 7 hari.

Selain itu, Galaxy Ring turut dimuatkan dengan fungsi Find My Ring melalui Samsung Find untuk memudahkan pengguna mengesan lokasi peranti. Dari segi kawalan, ia menyokong fungsi double pinch on finger yang boleh digunakan untuk mengambil gambar menggunakan fon atau mematikan jam penggera.

Galaxy Ring dijual pada harga sekitar $399 (RM1876) dan ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Silver, Black atau Gold. Namun begitu, Galaxy Ring tidak akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN