Close

Siri Samsung Galaxy Buds 3 turut diperkenalkan – Harga bermula RM599

Samsung turut memperkenalkan generasi baharu TWS mereka iaitu Galaxy Buds3 dan Galaxy Buds3 Pro. Melaluinya, ia hadir dengan pelbagai peningkatan dari segi audio dan juga reka bentuk.

Siri Galaxy Buds3 hadir dengan rekaan baru yang dipanggil sebagai Blade Design. Rekaan ini menjadikan ia nampak lebih moden dan lebih menarik berbanding model sebelumnya. Selain itu, rekaan earbuds kini menggunakan rekaan jenis bertangkai dan penutup bekas pengecasan pula menggunakan rekaan jenis lutsinar. Selain itu, kedua-dua TWS ini turut menyokong fungsi Galaxy AI seperti live translate, interpreter dan voice command.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Buds3 dengan sistem tiga mikrofon yang dipadankan dengan 11mm dynamic driver. Turut menyokong Active Noise Cancellation (ANC) dan 360 Audio dengan Direct Multi-Channel untuk pengalaman audio yang lebih baik.

Selain itu, iai turut menyokong sokongan codec 24bit HiFi, SSC, SSC UHQ, AAC dan SBC. Galaxy Buds3 ini mampu bertahan sehingga 6 Jam dengan mod ANC dimatikan dan 5 jam dengan mod ANC diaktifkan. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP57 dan Bluetooth 5.4.

Manakala untuk Galaxy Buds 3 Pro, ia hadir dengan sistem 2-way speakers dengan 10.5mm dynamic driver dan tweeter planar bersaiz 6.1mm. Turut menyokong Dual Amplifier untuk memberikan hasil audio yang lebih baik.

Turut dilengkapi dengan fungsi Active Noise Cancellation (ANC) yang mampu bertindak secara automatik untuk menukar mod ANC kepada mod Ambient sebaik pengguna mula bercakap. Selain itu, ia turut hadir dengan fungsi 360 Audio dengan Direct Multi-Channel untuk pengalaman audio yang lebih baik.

Dari segi sokongan codec, ia menyokong codec 24bit HiFi, SSC, SSC UHQ, AAC dan SBC. Galaxy Buds3 Pro ini mampu bertahan sehingga 7 Jam dengan mod ANC dimatikan dan 6 jam dengan mod ANC diaktifkan. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP57 dan Bluetooth 5.4.

Di Malaysia, Galaxy Buds3 dijual pada harga bermula RM599 manakala Galaxy Buds3 Pro pula dijual pada harga RM999. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna Grey dan White.

ARTIKEL BERKAITAN