Pada acara sama, Samsung turut memperkenalkan jam tangan pintar baru mereka iaitu Galaxy Watch7 bagi menggantikan model semasa. Hadir dengan pelbagai peningkatan yang merangkumi spesisifikasi dan reka bentuk.
Galaxy Watch7 hadir dengan 2 pilihan saiz iaitu 40mm dan 44mm. Dikuasakan dengan cip Exynos W1000 yang dipadankan dengan 2GB RAM dan storan dalaman 32GB. Menggunakan skrin Super AMOLED bersaiz 1.3-inci untuk 40mm dan 1.5-inci untuk 44mm yang dilindungi dengan sapphire glass tahan lasak.
Dimuatkan dengan bateri 300mAh (40mm) dan 452mAh (44mm) yang menyokong pengecasan tanpa wayar. Untuk penjejakan kesihatan, ia menyokong fungsi ECG, Heart rate & HR alert, blood pressure dan lain-lain. Dari segi kecergasan, ia menyokong lebih dari 100 mod sukan termasuk sukan indoor dan outdoor.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68, ketahanan tentera MIL-STD-810H, 5ATM, dan menjalankan One UI 6 yang berasaskan Android Wear OS 5. Galaxy Watch7 turut menyokong fungsi menarik seperti suggested replies yang dijana oleh Galaxy AI dan juga double pinch gestures.
Di Malaysia, Galaxy Watch7 (40mm) dijual pada harga bermula RM1199 dan RM1499 untuk LTE. Manakala untuk Galaxy Watch7 (44mm), ia dijual pada harga bermula RM1299 dan RM1599 untuk LTE. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini melalui laman web rasmi Samsung Malaysia.