Seiring dengan acara Galaxy Unpacked, Samsung turut melancarkan jam tangan pintar baharu mereka iaitu Galaxy Watch Ultra. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dan memfokuskan kepada pengguna aktiviti lasak.
Buat pertama kalinya Samsung menawarkan jam tangan pintar yang memfokuskan kepada pengguna aktiviti lasak dan pengguna aktif melalui Galaxy Watch Ultra. Hadir dengan rekaan yang berbeza dengan skrin yang lebih besar. Selain itu, ia menyokong fungsi keselamatan melalui Emergency Siren dan dual-frequency GPS system
Galaxy Watch Ultra hadir dengan satu pilihan saiz sahaja iaitu 47mm dengan kerangka dari titanium gred 4. Menggunakan skrin super AMOLED bersaiz 1.5-inci dengan resolusi 480 x480. Dikuasakan dengan cip Exynos W1000 yang dipadankan dengan 2GB RAM dan storan dalaman 32GB.
Dimuatkan dengan bateri 590mAh yang mampu bertahan sehingga 48 jam dalam mod exercise power saving dan 100 jam dalam mod power saving. Untuk penjejakan kesihatan, ia menyokong fungsi ECG, Heart rate & HR alert, blood pressure, bioactive sensor, personalized HR zone dan sebagainya.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68, ketahanan tentera MIL-STD-810H, 10ATM, Ocean Swimming, Operation Temperature, Altitude Guaranteed dan menjalankan One UI 6 yang berasaskan Android Wear OS 5.
Di Malaysia, Samsung Galaxy Watch Ultra dijual pada harga RM3399. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna Titanium Gray, Titanium Silver dan Titanium White. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dipra-tempah sekarang dengan jualan pertama pada 24 Julai ini.