Samsung turut memperkenalkan satu lagi telefon lipat generasi baru mereka iaitu Galaxy Z Flip6. Hadir dengan pelbagai peningkatan menarik dan merupakan telefon lipat clamshell pertama yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 di Malaysia.
Galaxy Z Flip6 hadir dengan sedikit perubahan rekaan yang mana ia kini lebih berkotak dengan rekaan sisi jenis rata. Hadir dengan skrin utama bersaiz 6.7-inci Dynamic AMOLED 2X FHD+ dengan paparan adaptif 1Hz-120Hz. Manakala, untuk skrin luaran ia hadir dengan saiz 3.4-inci Super AMOLED dengan paparan standard 60Hz.
Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 12GB RAM sehingga 8GB dan tmenyokong virtual sehingga 8GB RAM. Untuk storan dalaman, ia hadir dengan dua pilihan iaitu 256GB dan 512GB. Dimuatkan dengan bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W, mampu mengecas dari 0% ke 50% hanya dalam 30 minit.
Masih mengekalkan tetapan dwi-kamera belakang namun dengan sensor utama yang dipertingkat iaitu 50MP Utama + 12MP Ultra Lebar. Untuk kamera swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 10MP.
Galaxy Z Flip6 turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi Galaxy AI yang sama seperti yang ditawarkan pada Galaxy Z Fold6. Namun, terdapat fungsi tambahan pada Galaxy Z Flip6 iaitu Quickly Communicate on Flex Window. Melalui fungsi ini, ia memboleh mesej dibalas dengan pantas berdasarkan perbualan yang dijana oleh AI.
Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan IP48, pelindung skrin Gorilla Glass Victus 2, Armor Aluminium Frame, pembesar suara jenis stereo, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan One UI 6.1.1 yang berasaskan Android 14.
Untuk pasaran tempatan, Galaxy Z Flip6 dijual pada harga bermula RM4999 untuk 12GB + 256GB dan RM5599 untuk 12GB + 512GB. Pra-tempah peranti ini telahpun dibuka bermula hari ini sehingga 30 Julai 2024.