Close

WhatsApp kini menyokong pautan Instagram pada profil

WhatsApp kini menyokong fungsi baru sekaligus membolehkan pengguna untuk menyertakan atau menambah pautan media sosial lain pada profil.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh meletakkan atau menambah pautan Instagram pada bahagian tetapan profil. Fungsi ini tersedia pada kedua-dua platform iaitu Android dan iOS. Untuk meletakkan pautan pada profil, pergi ke bahagian Setting > Profile > Links. Seterusnya, masukkan nama pengguna Instagram dan pilih simpan.

Selepas ditambah, pautan akan dipaparkan bersama dengan maklumat lain seperti nama dan nombor telefon. Pengguna mempunyai pilihan untuk menambah atau memadam pautan pada bila-bila masa. Selain itu, pengguna lain akan dapat melihat pautan tersebut melalui profil.

Namun begitu, fungsi ini belum lagi tersedia pada semua pengguna. Fungsi ini dijangka akan ditawarkan secara berperingkat kepada lebih banyak pengguna. Pada percubaan, fungsi ini telahpun tersedia pada peranti kami.

ARTIKEL BERKAITAN