Close

Siri Xiaomi 18 Pro diumumkan – Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, privacy display dan bateri 8500mAh

Xiaomi secara rasmi memperkenalkan siri Xiaomi18 Pro di China, hadir dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max.

Siri Xiaomi 18 Pro menjadi peranti terawal yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 untuk Xiaomi 18 Pro Max dan juga cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 untuk Xiaomi 18 Pro. Untuk Xiaomi 18 Pro Max ia hadir dengan skrin LTPO AMOLED dengan resolusi 2K dan menyokong paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak, teknologi privacy display dan dilindungi dengan Xiaomi Dragon Crystal Glass 3 protection.

Seperti model sebelumnya, peranti ini turut dilengkapi dengan skrin sekunder bersaiz 2.9-inci yang menyokong pelbagai ciri menarik. Dari segi konfigurasi memori, ia ditawarkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Dimuatkan dengan bateri sebesar 8500mAh yang menyokong pengecasan p

antas 100W berwayar, 50W tanpa wayar dan juga 27W pengecasan wayar berbalik.

Untuk fotografi, Xiaomi 18 Pro Max dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 200MP Telefoto Periskop + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan teknologi Leica untuk memberi hasil gambar yang lebih baik.

Manakala untuk Xiaomi 18 Pro, ia hadir dengan saiz skrin yang lebih kecil iaitu 6.40-inci LTPO AMOLED dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak, teknologi privacy display dan dilindungi dengan Xiaomi Dragon Crystal Glass 3 protection.

Ditawarkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar, 50W tanpa wayar dan juga 27W pengecasan wayar berbalik. Turut dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 200MP Telefoto Periskop + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP.

Untuk spesifikasi lain, kedua-dua peranti ini menyokong penarafan IP69, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi HyperOS 4 yang berasaskan Android 17. Ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Black, White, Pink dan Blue, terdapat juga pilihan warna istimewa iaitu Red yang menggunakan kemasan lut sinar.

Untuk pasaran China, Xiaomi 18 Pro dijual pada harga bermula CNY5999 (RM3644) manakala untuk Xiaomi 18 Pro Max ia dijual pada harga bermula CNY6999 (RM4252). Siri Xiaomi 18 Pro bakal ditawarkan secara global dan akan turut memasuki pasaran tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN