HONOR X9e Pro menjadi fon terbaru yang ditawarkan oleh HONOR untuk pasaran tempatan. Model ini memfokuskan kepada ketahanan dengan kapasiti bateri yang besar.

HONOR X9e Pro kini hadir dengan ketahanan yang lebih baik melalui HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0 yang mampu bertahan daripada jatuhan sehingga tiga meter pada 10 jenis permukaan, turut menerima pensijilan SGS 5-Star Comprehensive Reliability.

Tampil dengan skrin bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 10,000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 5 yang dipadankan dengan 8GB dan storan dalam sehingga 512GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 5MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Kamera peranti ini turut menyokong ciri rakaman imej dalam air pada kedalaman sehingga 10 meter. Dimuatkan dengan kapasiti bateri sebesar 11,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W dan 27W pengecasan berbalik berwayar.

Untuk spesifikasi lain, peranti ini menyokong penarafan IP68, IP69, IP69K, WiFi 6E, Bluetooth 6.0, NFC dan juga menjalankan sistem operasi MagicOS 10 yang berasaskan Android 16.


Di Malaysia, HONOR X9e Pro ini dijual pada harga bermula RM1899 untuk 8GB + 256GB dan RM2399 untuk 8GB + 512GB. Hadir dengan empat pilihan warna iaitu Royal Purple, Dawn Gold, Reddish Brown dan Midnight Black. Bagi yang berminat peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 24 September hingga 8 Oktober dengan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1626.