Close

OPPO Find N6 tiba di Malaysia dengan harga RM8699

Fon lipat terbaru dari OPPO iaitu Find N6 telahpun diperkenalkan secara rasmi ke pasaran global. Fon lipat ini tidak hanya hadir dengan spesifikasi yang berkuasa, tetapi tampil dengan rekaan yang nipis bersama teknologi “Zero-Feel Crease”.

OPPO Find N6 menggunakan teknologi engsel Titanium Flexion generasi kedua yang berjaya menggurangkan mengurangkan kesan lipatan pada skrin. Peranti ini hanya setebal 8.93mm apabila dilipat dan hanya 4.21mm bila dibuka dengan berat sekitar 225 gram.

Peranti ini hadir dengan skrin luar bersaiz 6.62-inci OLED dengan paparan 120Hz dan skrin dalaman pula bersaiz 8.12-inci OLED dengan paparan 120Hz. Kedua-dua skrin ini menggunakan panel skrin LTPO dan menyokong kandungan HDR10+ dan Dolby Vision

Find N6 dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 6000mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200M + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 20MP pada skrin luar dan dalaman. Sistem kamera ini masih lagi dibantu dengan teknologi kamera Hasselblad bersama mod X-Pan.

OPPO Find N6 turut menyokong OPPO AI Pen baru yang boleh digunakan pada kedua-dua skrin. Hadir dengan ciri AI baru iaitu AI Chart dan AI Image. Menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berasakan Android 16, OPPO menjanjikan kemas kini 5 tahun untuk Android serta 6 tahun untuk keselamatan.

Untuk pasaran tempatan, OPPO Find N6 dijual pada harga RM8699 untuk 16GB + 512GB dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Stellar Titanium dan Orange Blossom.

ARTIKEL BERKAITAN