Close

Diskaun tol 50% sempena Hari Raya Aidilfitri – 18 dan 19 Mac 2026

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri kerajaan mengumumkan diskaun tol sebanyak 50% selama dua hari bermula pada 18 dan 19 Mac 2026.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pemberian diskaun ini adalah untuk meringankan atau mengurangkan kos perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

Pemberian diskaun tol ini bermula pada jam 12.01 am, 18 Mac 2026 (Rabu) dan berakhir pada jam 11.59 pm, 19 Mac 2026 (Khamis). Diskaun tol 50% ini diberikan kepada semua kenderaan persendirian (kelas 1) di semua plaza tol kecuali di dua lokasi iaitu tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan plaza tol Tanjung Kupang di Johor.

Inisiatif ini dianggarkan menelan kos sekitar RM21.03 juta dengan bayaran pampasan akan diberi kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN