Close

NASA kongsi imej Bumi yang diambil menggunakan iPhone 17 Pro Max

NASA, sebelum ini mengesahkan kru misi Artemis II dibenarkan membawa telefon pintar untuk dibawa ke angkasa.

iPhone 17 Pro Max menjadi pilihan untuk dibawa selepas peranti tersebut berjaya melepasi pelbagai proses kelulusan ketat untuk digunakan dalam misi ini. Empat unit iPhone 17 Pro Max telah dibawa bersama kru Artemis II yang sedang dalam perjalanan ke Bulan.

Walau bagaimanapun, fungsi utama peranti tersebut hanya untuk mengambil atau merakam gambar dan video serta digunakan untuk mendokumentasi perjalanan misi. Artemis II menjadi misi pertama di mana setiap angkasawan boleh membawa telefon pintar.

Seiring dengan itu, NASA telahpun berkongsi beberapa imej yang dirakam melalui iPhone 17 Pro Max. Memperlihatkan keseluruhan Bumi dilitupi awan putih, manakala satu lagi imej memperlihatkan lengkungan Bumi, kedua-dua imej diambil dari tingkap kapsul angkasa.

ARTIKEL BERKAITAN