Maybank melalui laman web rasmi mereka, memaklumkan pengguna perlu mengemaskini aplikasi MAE ke versi terbaru untuk membolehkan aplikasi tersebut boleh digunakan tanpa sebarang gangguan.

Pengguna digalakkan untuk mengemaskini aplikasi MAE ke versi terbaru iaitu 0.9.45 sebelum 11 April 2026. Menurut Maybank, langkah ini dibuat untuk memberikan pengalaman perbankan yang lebih selamat dalam masa yang sama memastikan akses berterusan tanpa sebarang gangguan.p
Pengguna yang tidak mengemaskini, aplikasi MAE tidak lagi boleh diakses selepas 11 April 2026. Sekiranya sudah dikemas kini, aplikasi MAE boleh diakses tanpa sebarang gangguan. Pengguna boleh menyemak versi aplikasi secara terus melalui App Store, Play Store atau HUAWEI AppGallery.
Selain itu, pengguna boleh menyemak versi melalui aplikasi dengan membuka MAE kemudian pergi ke bahagian ‘Setting’ seterusnya pergi ke bahagian ‘About’ dan semak nombor versi. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan di 1-300-88-6688 atau emel kepada [email protected].