Harga langganan YouTube Premium di Amerika Syarikat meningkat untuk kali kedua dalam tempoh kurang setahun.

Kenaikkan harga langganan ini terpakai pada semua pelan utama dan berkuat kuasa serta-merta untuk pelanggan baru. Manakala, untuk pelanggan sedia ada kenaikkan tersebut akan mula dikenakan sekitar awal Jun 2026.
Harga langganan baru untuk pelan individu adalah $15.99 (RM64) sebulan atau $159.99 (RM634) setahun dan untuk pelan keluarga adalah $26.99 (RM107) setahun. Sebagai perbandingan, harga langganan sebelum ini adalah $13.99 (RM56) sebulan atau $139.99 (RM556) setahun untuk individu dan $22.99 (RM91) sebulan untuk pelan keluarga.
Selain itu, harga langganan untuk YouTube Premium untuk pelajar turut meningkat dari $7.99 (RM32) sebulan kepada $8.99 (RM36) sebulan.
Tidak dapat dipastikan, adakah kenaikkan ini akan turut terkesan kepada pengguna di Malaysia atau sebaliknya. Di Malaysia, harga langganan masih kekal iaitu RM20.90 untuk individu dan RM41.90 untuk keluarga. Manakala untuk pelajar, harga langganan masih ditawarkan pada harga RM12.90 untuk sebulan.