Google secara rasmi berkongsi video teaser awal menjelang acara Made by Google yang akan diadakan pada 12 Ogos 2026.
Melalui video yang dikongsi, Google mengesahkan peranti baru mereka akan dikenali sebagai Pixel 11. Dalam teaser tersebut, Google turut memperlihatkan salah satu model yang berkemungkinan Pixel 11 Pro dalam pilihan warna emas.

Perkara paling menarik dalam video tersebut adalah kemunculan ciri baru yang dikenali sebagai Pixel Glow.
Berdasarkan video tersebut, Pixel Glow dilihat sebagai lampu LED berbentuk bulat yang terletak di sebelah kanan kamera, iaitu pada kedudukan yang sama dengan lampu flash.
Pixel Glow tampil dengan pelbagai pilihan warna, dijangka akan digunakan sebagai indikator visual untuk notifikasi, status sistem atau interaksi dengan ciri AI. Walau bagaimanapun, Google belum lagi mendedahkan fungsi sebenarnya Pixel Glow, namun kemunculan ini mengesahkan beberapa laporan yang tertiris sebelum ini.
Google turut mengesahkan pra-tempahan siri Pixel 11 akan dibuka pada hari pelancarannya, iaitu 12 Ogos. Pada acara Google memperkenalkan barisan baru siri Pixel 11 iaitu Pixel 11, Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold.