Close

OnePlus dilapor bakal tinggalkan pasaran global menjelang 2027

Sebelum ini, telah ada laporan mengenai penamatan operasi OnePlus di Amerika Syarikat dan Eropah.

Terbaru, Bloomberg turut mendedahkan OnePlus kini dalam proses penyusunan semula atau restructuring oleh syarikat induknya iaitu OPPO. Namun apa yang kurang menarik, laporan tersebut turut menyatakan penutupan OnePlus bukan hanya terhad kepada pasaran AS dan Eropah sahaja.

Menurut laporan yang sama, OnePlus dijangka akan turut menghentikan operasi mereka di India sekitar 2027. Walau bagaimanapun, OnePlus dikatakan akan terus beroperasi di China. Sekiranya laporan ini tepat, OnePlus tidak lagi akan disenaraikan dalam semua pasaran global dalam tempoh dua tahun akan datang.

Selain OnePlus, realme turut dikatakan akan keluar dari pasaran China sebagai sebahagian daripada strategi baru OPPO. Buat masa ini, OPPO dan OnePlus belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai lapora ini.

Sekiranya benar, penutupan OnePlus menandakan berakhirnya perjalanan salah satu jenama Android yang pernah terkenal dengan slogan “Never Settle”.

ARTIKEL BERKAITAN