Close

Spotify perkenal AI Chatbot – Boleh berbual secara terus dengan aplikasi

Spotify mengumumkan ciri baru berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil sebagai Talk to Spotify. Ciri ini membolehkan pengguna berbual secara terus dengan aplikasi untuk mencari muzik, podcast, buku audio dan banyak lagi.

Ciri ini tersedia melalui AI chatbot terbina yang boleh diakses melalui halaman Home dan Now Playing pada aplikasi Spotify. Pengguna boleh berinteraksi dengan menggunakan suara atau teks, sama seperti berbual dengan chatbot AI yang lain.

Spotify juga menyokong perbualan dua hala, membolehkan pengguna memberikan arahan susulan untuk setiap cadangan yang diberikan. Bukan itu sahaja, AI ini mampu memberikan maklumat tambahan mengenai artis, album, podcast sera boleh membantu penguna mencari kandungan berdasarkan kepada minat.

Walau bagaimanapun, ciri ini masih lagi dalam versi beta dan hanya tersedia dalam bahasa Inggeris. Ditawarkan untuk Spotify Premium yang berumur 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat, Ireland dan Sweden, bagi peranti Android dan iOS. Spotify masih belum mengumumkan bilakah ciri ini akan diperluaskan ke lebih banyak negara atau tersedia untuk semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN