Uber secara rasmi mengumumkan pengambilalihan Delivery Hero dengan nilai sekitar $14.8 bilion (RM60.3 bilion).

Pengumuman ini sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini yang menyatakan Uber dalam proses untuk mengambil alih syarikat penghantaran makanan yang berpangkalan di Jerman itu. Memandangkan Foodpanda dimiliki oleh Delivery Hero, operasi Foodpanda Malaysia turut termasuk dalam pengambilalihan tersebut.
Pengambilalihan ini juga melibatkan beberapa jenama penghantaran makanan lain milik Delivery Hero seperti Talabat, HungerStation, PedidosYa, Glovo dan Baedal Minjok dari Korea Selatan.
Selain itu, Uber turut menjelaskan bahawa semua jenama di bawah Delivery Hero akan terus beroperasi menggunakan identiti sedia ada sehingga proses pengambilalihan selesai dan sebarang perubahan akan diumumkan secara rasmi. Buat masa ini, Foodpanda Malaysia belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu.