Close

PMX.AI diperkenalkan – PMX versi digital yang boleh berinteraksi dengan Rakyat

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara rasmi memperkenalkan chatbot berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan rakyat Malaysia berinteraksi dengan versi digital beliau menerusi WhatsApp.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun media sosial rasmi Anwar Ibrahim, dengan inisiatif ini bertujuan memudahkan rakyat berkongsi pandangan, aduan, cadangan serta idea secara terus kepada “avatar AI” Perdana Menteri.

PMX.AI dibangunkan oleh Zetrix AI Berhad menggunakan model AI yang dilatih berdasarkan pelbagai sumber berkaitan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Antara data yang digunakan seperti dasar serta kerangka polisi kerajaan, penulisan, ucapan rasmi, pandangan dan juga keutamaan beliau.

Setiap perbualan dengan PMX.AI akan dianalisis oleh Perdana Menteri dan pasukannya bagi memahami serta membantu dalam proses penggubalan dasar pada masa hadapan. Selain itu, PMX.AI dijangka akan menyokong keupayaan Agentic AI pada masa akan datang, membolehkan pengguna melakukan pelbagai urusan kerajaan.

Bagi anda yang ingin mencuba, PMX.AI boleh diakses melalui WhatsApp dan kemudian mulakan soalan atau kongsikan pandangan dengan PM versi digital.

ARTIKEL BERKAITAN