Berita kurang gembira untuk pengguna Apple Music di Malaysia, Apple kini telah menaikkan harga langganan perkhidmatan tersebut. Kali terakhir, Apple menaikkan harga langganan perkhidmatan tersebut adalah pada Oktober 2022.
Dengan kenaikkan tersebut, harga langganan untuk pelan Individu kini menjadi RM17.90 sebulan berbanding RM16.90 sebelum ini. Untuk pelan keluarga, harga langganan kini adalah RM27.90 sebulan berbanding RM25.90. Pelan untuk pelajar turut meningkat iaitu RM9.50 sebulan berbanding RM8.90.

Kenaikkan ini tidak hanya terkesan kepada pengguna di Malaysia sahaja, tetapi ia turut dilaksanakan di pasaran global merangkumi eropah, Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa lagi. Apple menyatakan, kenaikkan ini disebabkan oleh beberapa antaranya peningkatan kos pelesenan untuk kandungan muzik.
Bagi pengguna baru, kenaikkan ini akan dikenakan serta-merta, sementara untuk pengguna sedia ada kenaikkan tersebut akan dikenakan pada kitaran bil seterusnya. Buat masa ini, langganan seperti Apple One di Malaysia kekal dan tidak mengalami sebarang perubahan harga.