Close

Maxis sifatkan kebocoran maklumat Khairul Aming sebagai insiden terpencil, Tindakan bakal diambil

Syarikat Telekomunikasi Maxis, bakal mengambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang berikutan ketirisan maklumat akaun bil telefon peribadi milik pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming di platform media sosial.

Melalui perkongsian di aplikasi Threads, Khairul Aming meminta penjelasan daripada syarikat telekomunikasi Maxis mengenai bagaimana maklumat berkaitan akaun telefon miliknya boleh tersebar. Perkongsian itu dibuat selepas seorang pengguna media sosial mendakwa mengetahui jumlah tunggakan bil telefon beliau.

Seiring dengan itu, Maxis telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut. Menurut Maxis, hasil siasatan mereka menunjukkan masalah tersebut merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran.

Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas. Maxis turut menyatakan yang mereka telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden ini dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang. Kami memohon maaf atas insiden ini, kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN