Close

Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Fold8 Ultra tiba di Malaysia dengan harga mencecah RM10,499

Samsung Malaysia secara rasmi memperkenalkan fon lipat baru mereka iaitu Galaxy Z Fold8 dan Z Fold8 Ultra. Untuk kali ini, Galaxy Z Fold8 tampil sebagai model baru dengan rekaan skrin lebih lebar, manakala Galaxy Z Fold8 Ultra pula menjadi model paling premium dalam siri ini dan dianggap sebagai pengganti sebenar kepada Galaxy Z Fold7.

Samsung Galaxy Z Fold8

Samsung Galaxy Z Fold8 hadir dengan skrin utama bersaiz 7.6 inci dengan resolusi 2448 × 1848 dengan nisbah aspek 3:4 dan 16:10, memberikan pengalaman penggunaan skrin yang lebih luas. Skrin luar pula bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 1248 × 1972. Kedua-dua panel menyokong paparan 120Hz untuk untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar.

Skrin peranti ini menggunakan substrat titanium yang mampu mengurangkan kesan lipatan (crease), sekali gus memberikan pengalaman visual yang lebih baik. Dari segi prestasi, ia dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy, dipadankan dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM bersama storan dalaman 1TB.

Untuk fotografi, Galaxy Z Fold8 dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar, serta dua kamera swafoto 10MP pada skrin luar dan dalam. Dimuatkan dengan bateri 4800mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 45W serta pengecasan tanpa wayar. Galaxy Z Fold8 hanya setebal 4.5mm apabila dibuka dengan berat sekitar 201 gram, turut menyokong penarafan IP48 untuk ketahanan terhadap habuk dan air.

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra tampil dengan rekaan yang lebih nipis dengan ketebalan hanya 4.1mm apabila dibuka dengan berat sekitar 215 gram. Hadir dengan skrin utama bersaiz 8.0-inci dan skrin luar bersaiz 6.5-inci dengan kedua-dua skrin menyokong paparan 120Hz. Turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Perbezaan paling ketara terletak pada kedua-dua model adalah pada sistem kamera. Galaxy Z Fold8 Ultra hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP OIS + 50MP Ultra Lebar + 10MP Telefoto. Untuk swafoto, kedua-dua kamera hadapan kekal menggunakan sensor sebesar 10MP.

Dimuatkan dengan kapasiti bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W dan pengecasan tanpa wayar. Untuk spesifikasi lain, ia menyokong penarafan IP48, WiFi 7, Bluetooth 6.0, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan One UI 9 yang berasaskan Android 17.

Harga jualan untuk Galaxy Z Fold8 dan Z Fold8 Ultra :

Samsung Galaxy Z Fold8

  • RM7299 12GB + 256GB
  • RM8099 12GB + 512GB
  • RM9699 12GB + 1TB

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra

  • RM8099 12GB + 256GB
  • RM8899 12GB + 512GB
  • RM10,499 16GB + 1TB

ARTIKEL BERKAITAN