Pada acara yang sama, Samsung turut memperkenalkan fon lipat jenis clamshell baru untuk pasaran tempatan iaitu Galaxy Z Flip8.

Galaxy Z Flip8 dengan skrin dalaman bersaiz 6.9-inci Dynamic AMOLED 2X FHD+ manakala skrin luaran pula bersaiz 4.1-inci Super AMOLED. Kedua-dua skrin menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 2600 nits. Dijana dengan cip Exynos 2800 yang dipadankan dengan RAM 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang sensor utama 50MP Utama + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 10MP. Dimuatkan dengan bateri yang sama seperti model sebelumnya iaitu 4300mAh serta menyokong pengecasan pantas 25W berwayar dan 15W tanpa wayar.

Galaxy Z Flip8 hanya setebal 6.1mm bila dibuka dengan berat sekitar 180gram. Untuk spesifikasi lain, ia menyokong adalah penarafan IP48, pembesar suara jenis stereo, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan One UI 9 yang berasaskan Android 17.
Di Malaysia, Galaxy Z Flip8 dijual pada harga bermula RM5399 untuk 12GB + 256GB dan RM6199 untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Pink, Graphite dan juga Cream.