Selain fon boleh lipat, Samsung turut memperkenalkan jam tangan pintar baru iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 dengan beberapa peningkatan penting dari segi prestasi dan ketahanan bateri.
Samsung Galaxy Watch9

Samsung Galaxy Watch tampil dengan rekaan yang lebih nipis dan juga ringan, tersedia dalam dua pilihan saiz iaitu 40mm dan 44mm. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 1.47-inci untuk 44mm dan 1.34-inci untuk 40mm. Kedua-dua skrin menyokong kecerahan puncah sehingga 3000 nits.
Kedua-dua model tidak lagi menggunakan cip Exynos sebaliknya menggunakan cip Snapdragon Wear Elite dengan teknologi binaan 3nm. Cip ini menawarkan kecekapan tenaga yang lebih baik sekali gus dapat memberi ketahanan bateri yang lebih panjang.

Peranti ini turut hadir dengan beberapa ciri kesihatan baru seperti Heart Health Score, Hearing Protection, Daily Cardio Load dan Fitness Index. Terdapat juga fungsi Vitals yang digunakan untuk memantau suhu kulit, oksigen darah, kadar nadi dan kadar pernafasan. Tidak ketinggalan terdapat juga sokongan Gemini dan Bixby yang boleh diakses melalui ciri Raise to Talk.
Dari segi ketahanan, kedua-dua model ini menyokong ketahanan 5 ATM, IP68 dan MIL‑STD 810H untuk memberi ketahanan yang baik bagi aktiviti luar. Galaxy Watch9 44mm dimuatkan dengan bateri berkapasiti 445mAh, manakala model 40mm pula dilengkapi bateri sebesar 390mAh.
Untuk harga jualan, Galaxy Watch9 40mm ia ditawarkan pada harga RM1499 (Bluetooth) dan RM1799 (LTE). Manakala, untuk Galaxy Watch 44mm pula ia ditawarkan pada harga RM1599 (Bluetooth) dan RM1899 (LTE).
Samsung Galaxy Watch Ultra2

Untuk Galaxy Watch Ultra2, ia hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat dan masih mengekalkan rekaan ikonik siri Ultra. Dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 1.52 inci dengan resolusi 498 × 498 pixel dengan kecerahan puncak sehingga 5000 nits.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon Wear Elite, yang menawarkan kecekapan tenaga dan prestasi yang lebih baik. Dimuatkan dengan bateri 800mAh yang mampu memberi penggunaan yang lebih panjang berbanding generasi sebelumnya.
Turut hadir dengan beberapa ciri kesihatan baru seperti Heart Health Score, Hearing Protection, Daily Cardio Load dan Fitness Index. Terdapat juga fungsi Vitals yang digunakan untuk memantau suhu kulit, oksigen darah, kadar nadi dan kadar pernafasan. Galaxy Watch Ultra2 turut menyokong mod Trail Run yang menyediakan navigasi laluan dan mod Ocean Diving yang boleh diaktifkan secara automatik.

Dari segi ketahanan, ia dilengkapi dengan sokongan 10 ATM dan piawaian EN13319 untuk membolehkan ia digunakan dalam aktiviti menyelam. Menjalankan sistem operasi One UI 9 Watch yang berasaskan kepada Wear OS 7.
Samsung Galaxy Watch Ultra2 ditawarkan di Malaysia pada harga RM3399 dengan dua pilihan warna Titanium Silver dan Titanium Gray.