Dengan acara pelancaran yang dijangka berlangsung pada Januari tahun depan. Terdapat beberapa imej rekaan yang didakwa sebagai Samsung Galaxy S24 Ultra telahpun tertiris.
#S24Ultra
— David Martin (@DavidMa05368498) November 16, 2023
Éste es el nuevo #S24 Ultra sin pantalla curva pic.twitter.com/6haBo4RohS
Melalui imej yang didedahkan, memperlihatkan Galaxy S24 Ultra masih mengekalkan rekaan yang sama seperti Galaxy 23 Ultra. Namun begitu, terdapat perubahan ketara pada skrin yang dilihat lebih rata berbanding model sebelumnya yang sedikit melengkung.

Selain itu, rekaan sisi juga masih menggunakan rekaan jenis berkotak namun ia kelihatan sedikit lebih tajam berbanding pada Galaxy S23 Ultra. Galaxy S24 Ultra dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy dan turut menyokong kecerdasan buatan Galaxy AI.

Walaubagaimanapun, rekaan ini masih lagi tidak dapat disahkan kesahihannya. Mungkin akan terdapat perubahan pada produk akhir atau sebaliknya.